Tan Kian Meng & Lai Pei Jing Fokus Terbuka Australia 2024

Tan Kian Meng & Lai Pei Jing Fokus Terbuka Australia 2024. Impian melihat beregu negara ini beraksi di pentas final terbuka indonesia tidak kesampaian apabila mereka terkandas di separuh akhir.


Namun, rata-rata peminat menyuarakan rasa bangga dengan peningkatan permainan mereka dalam kejohanan-kejohanan yang mereka sertai baru-baru ini.


Selasa ini mereka akan membuka tirai kejohanan terbuka australia siri 500 menentang pemain tuan rumah dan pasti kita mahu melihat mereka berjaya mara ke final nanti.


Tan Kian Meng & Lai Pei Jing Fokus Terbuka Australia 2024



Kian Meng berkata; \


"Kami akan kekalkan corak latihan semasa kerana boleh nampak permainan kami semakin baik dalam tempoh beberapa minggu ini. Sekarang kami hanya perlu kekal konsisten dan bekerja lebih keras dalam latihan," ujarnya.


Berita Pei Jing di scam baru-baru ini agak menggemparkan negara. Namun, pemilik badan berkata dia tidak menghiraukan soal peribadinya malah meletakkan fokusnya kepada permainannya.


"Saya sekarang ini hanya memikirkan mengenai kejohanan di Australia dengan memberi fokus 100 peratus mengetepikan masalah peribadi," kata Pei Jing yang digemparkan dengan menjadi mangsa sindiket penipuan.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama