Selangor FC Kalah ditangan Kuching City

$ads={2}


Selangor FC Kalah ditangan Kuching City, Macam-macam berlaku di stadium negeri sarawak semalam. Namun, keputusan kekalahan pasukan selangor memang diluar jangka.


Mungkin juga faktor perjalanan jauh dan juga keadaan padang yang menyukarkan mereka untuk bermain baik dalam perlawanan ini. 


Selangor FC Kalah ditangan Kuching City



Gol pertama dijaringkan oleh Ronnie fernandez selepas berlaku pergelutan di hadapan penjaga gol kuching city yang berpunca daripada bola muntah dari sepakan pemain selangor.


Kuching city mendapat gol penyamaan pada minit ke 45+5 selepas sam samorville gagal menangkap kemas bola dari sepakan percuma dan membolehkan pemain kucing city menjaringkan gol.


Jordan mintah menjaringkan gol pada minit ke 63 selepas shahrul nazim yang melakukan kesilapan dengan memberi bola kepada mintah untuk menjaringkan gol tersebut. Bola sepatutnya sampai ke penjaga gol selangor tetapi mintahlebih pantas menyambarnya.


Keputusan akhir Kuching city 2-1 Selangor. Kekalahan ini pasti akan ditebus oleh selangor dalam perlawanan kedua di stadium MBPJ nanti. semoga berjaya untuk kedua-dua pasukan dalam perlawnaan ini nanti.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama