Selangor FC Didenda MFL!

Selangor FC Didenda MFL!. Selepas beberapa minggu, MFL akhirnya menjatuhkan hukuman kepada pasukan Selangor FC selepas pasukan itu tidak menghadirkan diri untuk perlawanan Piala Sumbangsih 2024.


Semua peminat bola sepak negara faham mengenai situasi tersebut memandangkan ancaman yang diterima oleh pasukan itu selepas serangan ke atas faisal halim yang hampir meragut nyawa pemain tersebut.


Selangor FC Didenda MFL!



Namun mungkin ia tidak cukup memberi ehsan kepada MFL bagi menunda perlawanan berkenaan seperti permintaan Selangor FC sebelum ini.


Jadi, MFL tetap memberi hukuman denda berat kepada pasukan itu.


1. Denda RM 100,000 

2. Selangor di potong 3 mata.

3. Bayaran pampasan kerugian JDT dan MFL.

4. Perlawanan Selangor FC vs JDT dilangsungkan tanpa penonton.


Kesemua denda ini telah rasmi diumumkan oleh MFL, jadi pihak selangor fc juga sudah ambil maklum mengenai perkara ini dan mereka juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap MFL.


Jadi kita tunggu apa akan jadi selepas ini pula. We Stand With Selangor FC! 

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama