Pelajaran Penting Kata Leong Jun Hao

Pelajaran Penting Kata Leong Jun Hao. Pemain perseorangan lelaki negara, Jun Hao mengatakan walaupun kalah kepada bintang China Li Shi Feng di suku akhir tetapi ia tetap gembira.


Jun Hao tersingkir dengan kekalahan straight set  11-21, 12-21 dalam tempoh 43 minit di kejohanan terbuka Indonesia pada baru-baru ini.


Pemain itu berkata banyak pelajaran yang dia belajar dari perlawanan itu terutamanya ketika menentang pemain-pemain di ranking atas dalam kejohanan.


Pelajaran Penting Kata Leong Jun Hao



Jun hao berkata ; 



"Saya lihat perlawanan ini memberi pengajaran bermakna terutamanya apabila bertemu dengan pemain yang berada di ranking 10 dunia.



"Selepas ini, saya mahu beri tumpuan untuk proses rawatan dan mahu berehat sebelum menyertai kejohanan seterusnya," katanya kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).


Untuk rekod, Ranking Jun Hao adalah di no 32 dunia namun dia mencipta kejutan baru-baru ini apabila mengalahkan pemain indonesia, Jonatan Christie yang berada di ranking ke 3 dunia.


Kemudian dia juga menyingkirkan Chou tien chen di rangking ke 11 dunia pula selepas itu. Namun dia tidak dapat meneruskan rentaknya apabila kalah di tangan pemain no 4 dunia iaitu li shi feng di suku akhir.


Tapi prestasi jun hao sejak kebelakangan ini sangat baik dan banyak peningkatan. Kita harap dia boleh terus perbaiki dan perbaiki lagi kelemahan dia.


Mungkin satu hari nanti, dia boleh gantikan lee zii jia pula. Good luck Jun Hao.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama