Negeri Sembilan FC Terus Jatuh Dibelasah KL City

Negeri Sembilan FC Terus Jatuh Dibelasah KL City. Bermain di tempat sendiri dengan kehadiran 1700 orang penyokong dilihat tidak membantu anak buah Azzmi Ab Aziz untuk mengalahkan pasukan pelawat.


Skuad Hobin Jang Hobin terpaksa akur dibelasah pasukan kuala lumpur city fc dengan jaringan 0-3 dalam perlawanan ketiga liga super 2024 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi semalam.


Gol pertama Kuala Lumpur City dijaringkan oleh Brendan gan pada minit ke 28 di separuh masa pertama. Ini juga merupakan gol pertama Brendan selepas menyertai pasukan ibu kota tersebut.


Negeri Sembilan FC Terus Jatuh Dibelasah KL City



Dia menanduk masuk bola hantaran daripada Zhafri Yahya lalu menewaskan penjaga gol negeri sembilan.


Bersambung babak kedua, KL City menambah derita Negeri sembilan dengan gol kedua menerusi pemain naturalisasi negara iaitu Paulo Josue pada minit ke 72.


Gol ketiga pula muncul ketika waktu kecederaan apabila Selvakumaran menjaringkan gol tersebut pada minit ke 92.


Keputusan akhir, Negeri Sembilan 0-3 KL City.


Kedudukan selepas perlawanan ini menyaksikan. negeri sembilan kekal di tangga tercorot liga dan masih gagal memungut sebarang mata.


Manakala KL City berada di kedudukan ke 7 liga dengan 4 mata dari 3 perlawanan setakat ini.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama