Malaysia Pilih Jalan Sukar
Malaysia Pilih Jalan Sukar. Seperti Biasa, bila berlakunya penentuan sesuatu yang penting, skuad negara akan lebih suka memilih jalan sukar untuk layak ke pusingan seterusnya.
Semalam, Malaysia gagal untuk mengalahkan pasukan Kyrgyzstan dalam aksi kelayakan piala dunia 2026 yang berlangsung di Bishkek.
Hasil dari perlawanan itu menyaksikan skuad negara terikat 1-1 dengan pasukan tuan rumah.
Kyrgyzstan terlebih awal membuka jaringan pada minit ke 24 menuris pemain Gulzhigit Alykulov. Namun begitu skuad negara berjaya menyamakan kedudukan beberapa minit selepas itu.
Pada minit ke 38, Odilzhon Abdurakhmanov berjaya memberi satu gol kepada Malaysia menerusi gol sendirinya selepas mendapat hantaran cantik sepakan percuma dari Endrick lalu menewaskan penjaga gol sendiri.
Tetapi tiada pertambahan gol selepas itu. Keputusan akhir Kyrgyzstan 1-1 Malaysia.
Berdasarkan kedudukan semasa, Malaysia perlu menang keatas chinese taipei dan pada masa yang sama mengharapkan oman menang keatas kyrgyzstan.
Oman sudah layak ke pusingan seterusnya selepas menang 3-0 keatas Chinese Taipei dan mendahului kumpulan dengan 12 mata.
Jadi kita ada talian hayat yang terakhir sebelum misi kita tamat sepenuhnya. Semoga Harimau Malaya dapat mendapat kemenangan besar menentang Taiwan pada selasa ini.
Post a Comment