Leong Jun Hao Kalahkan Chou Tien Chen, Terus Cipta Kejutan!

 Leong Jun Hao Kalahkan Chou Tien Chen. Satu lagi kejutan di buat oleh Leong Jun Hao apabila dia mengalahkan bintang Chinese Taipei di perlawanan kedua Indonesia Open 2024.


Semalam, Jun Hao mencipta kejutan dengan mengalahkan pemain no 3 dunia, Jonatan Christie dan hari ini dia mencipta kejutan lagi dengan mengalahkan pemain no 11 dunia.


Untuk yang tak tahu, Jun hao berada di ranking ke 32 dunia tau.


Leong Jun Hao Kalahkan Chou Tien Chen, Terus Cipta Kejutan!



Dalam perlawanan sebentar tadi Jun Hao mengalahakan Chou dengan keputusan 21-18,13-21 dan 21-17 Di set pertama Jun Hao tidak ada masalah untuk mengalahkan lawannya.


Banyak mata dia dapat dan tidak membuat banyak kesalahan. Hasilnya Jun Hao menang 21-18. 


Di set kedua, Chou lebih banyak menyerang dan Jun Hao pula bagaikan terkejut dengan asakan bertubi-tubi dari pemain lawan dan akhirnya terpaksa akur dengan kekalahan 13-21.


Bersambung set ketiga, Jun Hao dengan pantasnya mendahului permainan dengan beberapa jarak mata. bermula dengan 3-0 kepada 16-13 dan kemudian menang dengan 21-17.


Fenomena Jun Hao ini banyak melegakan peminat badminton negara kerana kehadirannya sedikit sebanyak membantu menaikkan kembali nama negara dengan bakat dan kualiti yang dia ada.


Semoga dia tidak injured dan terus menerus mencipta kejutan di pentas antarabangsa. Good Job Jun Hao!



Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama