Lee Zii Jia Masih Belum Puas Hati
Lee Zii Jia Masih Belum Puas Hati dengan prestasinya selepas mengalahkan pemain hongkong Ng Ka long dalam perlawanan pembukaan Indonesia Open 2024 semalam.
Untuk rekod, Lee Zii Jia mengalahkan Ng Ka Long sebanyak 3 kali dalam masa 3 minggu iaitu ketika terbuka Thailand, Masters Malaysia dan terbaru di Indonesia Open.
Zii jia menang straight set dengan keputusan 21-17 dan 21-16 dalam perlawanan yang berlangsung di istora senayan itu.
Kata lee zii jia :
"Secara jujur belum mencapai tahap terbaik, tidak sempat untuk sembuh sepenuhnya dalam tempoh seminggu. Tidak banyak yang mampu saya lakukan hanya berehat dan melakukan latihan ringan," katanya
"Seperti apa saya katakan ini ujian terbaik buat saya kerana semua pemain terbaik dunia hadir. Bukan pusingan yang mudah di sini, setiap pusingan menjanjikan persaingan sengit.
"Sama ada saya masih bermain dalam keadaan stabil atau pun tidak, ini cabaran yang baik buat saya (sebelum Sukan Olimpik Paris)," kata juara Terbuka Thailand itu.
--
Sikap macam ini memang diperlukan dan jangan cepat puas hati kerana ia akan menghalang anda dari terus berlatih bersungguh-sungguh.
Teruskan berusaha lee zii jia, kami sebagai penyokong anda pasti akan sentiasa menyokong dan membantu anda kembali ke prestasi sebenar anda.
Semoga berjaya untuk perlawanan seterusnya!
Post a Comment