Lee Zii Jia Gembira Dengan Prestasi Terkini Dirinya
Lee Zii Jia Gembira Dengan Prestasi Terkini Dirinya. Menjelang pembukaan Sukan Olimpik bulan hadapan, Acara sukan badminton pasti menjadi tumpuan apabila sukan ini akan bermula sehari selepas hari pembukaan kejohanan itu.
Pemain perseorangan lelaki negara yang sudah menjadi harapan negara Malaysia sejak beberapa tahun ini, Lee zii jia diharap dapat memberi prestasi terbaik dalam sukan Olimpik 2024 ini.
Pemain itu juga menegaskan bahawa kini tumpuannya tertumpu kepada sukan Olimpik sahaja selepas memenangi kejohanan terbuka Australia baru-baru ini.
Lee zii jia berkata :
"Saya rasa dari segi mental, telah banyak berubah sekarang dan saya rasa lebih tenang dalam permainan. Saya rasa ini adalah sesuatu yang positif menjelang Olimpik nanti.
"Sejauh ini, saya rasa ya. Terlalu banyak perkara yang positif selama lima minggu ini. Ketika ini saya akan berehat seketika dan kembali ke gelanggang serta fokus pada persiapan saya untuk Olimpik Paris," katanya.
"Saya rasa ini adalah permainan yang sangat menarik. Saya rasa ini adalah salah satu permainan yang sukar dan terbaik dalam karier saya.
"Saya hanya berfikir tentang bagaimana saya mahu bermain untuk mendapatkan setiap mata dan bagaimana saya mahu menyelesaikan semua masalah ini (mengatasi kesukaran) apabila Kodai memberi tentangan kepada saya.
"Kodai juga cuma bermain strategi ketika kedudukan 17-11, dia terima rawatan doktor dan kembali dengan prestasi sangat baik dan itu agak intensif bagi saya.
"Tetapi, saya sebenarnya menikmati permainan ini dan saya tidak rasa terlalu gementar pada masa itu. Jadi, saya rasa itu adalah sesuatu yang saya mahu cari,"katanya.
Post a Comment