Kami Boleh Jaring Lebih 8 Gol Lawan Taiwan - Kim Pan Gon

Kami Boleh Jaring Lebih 8 Gol Lawan Taiwan - Kim Pan Gon. Itulah yang diluahkan oleh jurulatih harimau Malaya mengenai perlawanan hidup dan mati skuad negara untuk kelayakan piala dunia dan piala asia 2027.


Skuad negara bakal menutup tirai kelayakan itu dengan menerima kunjungan chinese taipei di Stadium Nasional Bukit Jalil pada selasa ini dan pastinya ramai yang akan turun beri sokongan kepada pasukan negara.


Diatas kertas sangat mustahil untuk melihat kita layak ke pusingan seterusnya memandangkan jarak mata yang banyak dan menyukarkan.


Kami Boleh Jaring Lebih 8 Gol Lawan Taiwan - Kim Pan Gon



Kita hanya perlu menang lebih 8 gol dalam perlawanan akhir ini dan pada masa yang sama kita mengharapkan oman menang besar keatas kyrgyzstan.


Misi ini memang mustahil tetapi kita tidak tahu sama ada kita ada rezeki atau tidak. kita perlu berusaha sahaja dan hasilnya kita akan ketahui kemudian.


Bercakap kepada media, kim pan gon berkata;  


"Kami pernah menang 10-0 ke atas Papua New Guinea yang menduduki ranking lebih tinggi daripada kami, waktu itu kami menang besar. Kami yakin dapat lakukan sesuatu (di Bukit Jalil ke atas Taiwan)," katanya.


"Kami sedar perkara itu di mana mereka ada kelebihan (dari segi kelebihan jaringan). Tapi kami mungkin boleh jaringkan lebih daripada 8 gol di tempat sendiri nanti.


"Kami juga ada kelebihan, bukan mudah untuk pasukan lawan datang (bermain di Bukit Jalil). Adakah anda (media Kyrgyzstan) masih ingat, pasukan anda juga dibolosi empat gol sebelum ini.


"Kami percaya dan yakin mampu lakukan sesuatu. Mungkin sekarang nampak kelebihan buat mereka (Kyrgyzstan), namun kami perlu berjuang hingga aksi terakhir.


"Kami sedar lima minit terakhir (perlawanan malam tadi) kami sememangnya mahu mengekalkan keputusan ini (seri) kerana kami tahu kami lebih kuat di tempat sendiri nanti.


"Kami akan cuba sebaik mungkin, kami menang 7-0 dan anda kalah 2-0 dah tentu kami mara. Di gelanggang sendiri kami ada kelebihan dan akan berjuang," katanya.


Kita doakan agar anak buah kim pan gon berjaya memenangi kejohanan kali ini dan kita harapkan mereka dapat menjaringkan gol yang banyak dalam perlawanan ini nanti.


Semoga berjaya harimau malaya!


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama