Heberty Ajar Sri Pahang Jaringkan Gol

 Heberty Ajar Sri Pahang Jaringkan Gol. Dalam perlawanan sebentar tadi, pasukan Sri Pahang terpaksa akur dengan kekalahan 0-3 kepada tuan rumah JDT dalam aksi liga super 2024.


Lebih mengejutkan apabila penyerang JDT, Heberty menjaringkan 3 gol dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium sultan Ibrahim.


Dengan kemenangan ini menyaksikan JDT terus mencengkam ranking no 1 dalam liga super dan masih belum terkalah dalam saingan setakat 4 perlawanan ini.


Heberty Ajar Sri Pahang Jaringkan Gol



Heberty membuka jaringan seawal minit ke 4. Gol pertama terhasil apabila dia berjaya melepaskan diri daripada kawalan pemain pertahanan Sri Pahang lalu membuat percubaan di luar kotak penalti dan bole itu terus masuk ke gawang sri pahang.


Gol kedua pula muncul pada minit ke 66 selepas Heberty mendapat hantaran dari Endrick dos santos dan dia tidak dijaga dengan kemas oleh pertahan seri pahang lalu membuat percubaan dan menjaringkan gol.


Gol terakhir muncul pada minit ke 87 selepas dia berjaya membaca pergerakan pemain penjaga gol sri pahang yang membuat hantaran lerek kepada pemain tengah mereka.


Namun hantaran itu dipintas oleh Heberty lalu menjaringkan gol ketiga perlawanan.


Keputusan akhir JDT 3-0 SRI PAHANG FC.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama