Gagal Pesta Gol, Humban Malaysia Keluar Dari Kelayakan Piala Dunia

Gagal Pesta Gol, Humban Malaysia Keluar Dari Kelayakan Piala Dunia 2026. Semalam, kekecewaan di alami pasukan negara apabila gagal memanfaatkan peluang terhidang untuk layak ke pusingan seterusnya.


Skuad bimbingan Kim Pan Gon itu membuang banyak bola di separuh masa pertama sehinggakan kita ketinggalan 0-1 kepada Chinese Taipei.


Gagal Pesta Gol, Humban Malaysia Keluar Dari Kelayakan Piala Dunia



Malaysia seharusnya menjaringkan 8 gol dalam perlawanan ini tetapi tidak mampu lakukannya dan gol pertama muncul menerusi pemain Safawi Rasid pada minit ke 53 selepas tendangannya gagal dihalang penjaga gol lawan.


Kemudian pada minit ke 69, Paulo Josue menjaringkan gol kedua negara selepas percubaannya tidak dapat dibaca penjaga gol taiwan. 


Bintang debut negara yang bermain dengan pasukan penang fc, Adib Ra'op menjaringkan gol ketiga negara pada minit ke 96 perlawanan.


Kedudukan terakhir negara dalam kumpulan D berada di kedudukan ketiga selepas kyrgyzstan dan Oman sekadar seri. Mata Malaysia pula dibezakan dengan 1 mata dengan kyrgyzstan.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama