Euro 2024 : German Mudah Kalahkan Scotland

 German Mudah Kalahkan Scotland. Dalam perlawanan awal pagi tadi waktu Malaysia skuad Tuan Rumah, German berjaya mengalahkan pasukan Scotland dengan keputusan 5-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Allianz Arena di Munich.


Gol pertama dijaringkan pada minit ke 10 menerusi pemain Florian Wirtz dan kemudian gol kedua pula dijaringkan oleh Jamal Musiala pada minit ke 19.


Sebelum rehat babak pertama, German mempunyai peluang mendapatkan sepakan penalti dan ia disempurnakan oleh Kai Haverts pada minit ke 46.


Euro 2024 : German Mudah Kalahkan Scotland



bersambung babak kedua, Kedua-dua pasukan banyak bertukar serangan dan akhirnya Germany mendapat gol keempat perlawanan menerusi Niclas Fullkrug pada minit ke 68. 


Scotland mendapat gol saguhati pada minit ke 87 selepas Antonio rudiger menjaringkan gol sendiri.


Emre Can menjadikan malam indah buah German dengan gol ke lima pada minit ke 93.


Keputusan akhir, German 5 -1 Scotland.


Dari segi statistik perlawanan pula, German melakukan 20 shot sepanjang perlawanan dan scotland hanya melakukan 1 shot sahaja dan tiada yang on target.


Manakala german berjaya menghasilkan 10 shot on target sepanjang perlawnaan ini.


Germany menguasaai perlawanan dengan 73% possession manakala scotland pula dengan 27% penguasaan bola.


pass accuracy german lebih baik dengan  94% manakala Scotland pula dengan hanya 76% sahaja.


Dalam perlawanan ini juga menyaksikan 1 kad merah dilayakan kepada pemain Scotland iaitu Ryan Porteous pada minit ke 44.


German hanya mendapat 2 kad kuning dan scotland mendapat 1 kad kuning.


Hasil perlawanan ini menyaksikan Germany menghuni kedudukan pertama kumpulan A manakala Scotland di kedudukan terakhir kumpulan.



Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama