Design Pakaian Kontinjen Olimpik Di Kritik.

Design Pakaian Kontinjen Olimpik Di Kritik. Selepas pengenalan dan pelancaran pakaian rasmi atlet negara di sukan olimpik. Ramai netizen yang memberi kecaman kerana hasil yang kurang memuaskan.


Rata penyokong kecewa dengan design yang dikeluarkan dan menyifatkan tiada aura disebalik pakaian rasmi atlet negara yang bersaing di kejohanan besar itu.


Design Pakaian Kontinjen Olimpik Di Kritik.



Ketua Kontinjen (CDM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata; 


"Kita sudah setuju dengan Yonex (pengeluar pakaian rasmi) untuk tunjuk warna emas...warna jingga sudah lama sejak 2004 lagi, jadi ramai atlet sebelum ini minta Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk tukar warna lain.


"MOM sudah sepakat dengan Yonex untuk tukar kepada warna emas kerana kita menyasarkan untuk menang pingat emas, itu sebenarnya tema dan Yonex juga berpendapat warna emas padan dengan warna hitam...jika warna cantik tapi tidak dapat emas atau pingat tidak guna juga," katanya kepada pemberita 


"Saya sudah hubungi Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dan pada dasarnya beliau sudah setuju masa akan datang, kita buka pada peminat untuk reka (pakaian rasmi kontinjen), kita akan pilih dan mungkin beri sagu hati," katanya.


Netizen juga tidak kurang hebatnya apabila mereka juga mengeluarkan cadangan-cadangan design yang boleh digunakan oleh MOM untuk baju tersebut.


Namun ia sudah terlambat memandangkan kejohanan bakal bermula tidak lama lagi jadi agak sukar untuk menukar design itu. jadi hadap jer lah design sedia ada ni ya.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama