Header Ads

Aaron Chia dan Soh Wooi Yik Tak Buang Masa, Terus Perbaiki Permainan

Aaron Chia dan Soh Wooi Yik Tak Buang Masa, Terus Perbaiki Permainan. Menejalang pembukaan sukan Olimpik 2024 pada 26 Julai nanti. Pemain Badminton negara semakin giat melakukan latihan yang lebih padu dan lebih strategik.


Salah satu sandara pingat untuk Malaysia adalah menerusi pemain beregu lelaki,Aaron Chida dan Soh Wooi Yik yang dilihat tidak duduk sahaja sebaliknya berusaha memperbaiki permainan dari sudut fizikal dan mental mereka.


Aaron Chia dan Soh Wooi Yik Tak Buang Masa, Terus Perbaiki Permainan



Soh Wooi Yik berkata; 


"Saya mahu tinggal di ABM kerana mahu fokus sepenuhnya dan mantapkan persiapan tanpa sebarang gangguan lain.


"Saya boleh buat hal sendiri di sini seperti analisis permainan dan mudah (untuk akses fasiliti) di sini.


"Dalam masa singkat ini, saya fokus meningkatkan permainan sendiri dan meningkatkan keupayaan fizikal serta mempunyai sesi latihan malam. Jadi saya pun mahu berehat selepas latihan tambahan itu dan tidak mahu pergi ke mana-mana," katanya.


Dalam pada itu, Aaron Chia pula berkata; 


"Kita tak banyak masa sekarang, jadi sesi tambahan dalam dua jam ini kita gunakan untuk buat pembetulan kita punya skil," katanya.


Semoga berjaya buat skuad kebangsaan secara keseluruhannya dan juga kepada pemain badminton negara, Aaron chia dan soh wooi yik. 


Tiada ulasan

Jom komen ! :)

Dikuasakan oleh Blogger.