Terengganu mudah Belasah Perak

Terengganu mudah Belasah Perak dalam aksi pertama liga super semalam yang berlangsung di stadium sultan mizan zainal abidin.


Dalam perlawanan tersebut, terengganu menang 3-1 keatas pasukan pelawat. Dalam perlawanan ini nampak seimbang tetapi penyudah pasukan TFC lebih baik berbanding pasukan Perak.


Gol pertama muncul seawal minit ke 6 menerusi percubaan dari luar kotak penalti Nurillo yang berjaya menewaskan Haziq Nazli.


Terengganu mudah Belasah Perak



Perak kemudian cuba bangkit namun tidak berhasil dan menjadikan keudukan 1-0 di separuh masa pertama.


Bersambung babak kedua, pada minit ke 60, Perak di hadiahkan sepakan penalti selepas Manuel Ott menjatuhkan pemain korea Lee Tae Min di dalam kotak penalti.


Guaycochea Luciano mengambil sepakan tersebut dan menyamakan kedudukan 1-1. Namun begitu selang beberapa minit kemudian, Shivan Pillay pula gagal mengeluarkan bola tampanan Haziq yang mengakibatkan bola itu masuk ke gawang gol Perak.


Ia menjadi kelebihan buat terengganu dengan kedudukan semasa 2-1. 10 minit sebelum waktu tamat, bintang import baru pasukan Terengganu, Chuku Chijioke menjaringkan gol kemenangan perlawanan dengan menjadikan keputusan akhir 3-1 berpihak kepada Terengganu FC.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama