Soon Huat, Shevon Juara Beregu Campuran Perodua Malaysia Masters 2024

Soon Huat, Shevon Juara Beregu Campuran Perodua Malaysia Masters 2024. Impian pasangan suami isteri yang baru sahaja berkahwin ini untuk memenangi kejuaraan ini termakbul juga.


Kedua-daua mereka mudah mengalahkan pemain indonesia, Rinov Rivaldy dan Pitha Haningtyas Mentari dengan keputusan straight set, 21-18 dan 21-19. 


Mereka memerlukan masa selama 48 minit untuk lengkapkan perlawanan ini untuk dua set sahaja. Memang padu dan power!


Soon Huat, Shevon Juara Beregu Campuran Perodua Malaysia Masters 2024



Permainan matang soon huat dan shevon di set pertama menunjukkan mereka kemenangan walaupun beregu Indonesia juga banyak memberi tekanan kepada mereka.


Namun, faktor pengalaman dan sokongan peminat mereka berjaya mengalahkan lawan dengan keputusan 21-18.


Bersambung di set kedua, kedua-dua mereka dilihat lebih tenang dalam menerima asakan dari pihak lawan. Walaupun ada kala mereka ketinggalan tetapi tenang adalah kunci kepada pasangan ini.


Akhirnya mereka menang dengan keputusan 21-19. Ini juga menyaksikan hadiah paling bermakna buat pasangan ini dan hadiah sempena perkahwinan yang baru sahaja mereka langsungkan.


Tahniah Goh Soon Huat dan Lai Shevon Jemie! 

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama