Sabah Kalahkan KDN FC di Kota Bharu

Sabah Kalahkan KDN FC di Kota Bharu. Impian tuan rumah untuk mendapatkan 3 mata pertama mereka nampaknya tidak menjadi kenyataan apabila mereka kalah kepada pasukan pelawat semalam.


Kelantan darul naim fc kalah 2-3 kepada sabah dalam perlawanan liga super kedua 2024 di Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu.   


Gol pertama muncul dari pemain sabah Gabriel Peres pada minit ke 25 memecah kebuntuan gol. KDN FC kemudian bangkit menjaringkan gol tetapi gol tersebut tidak dikira kerana ada foul.


Sabah Kalahkan KDN FC di Kota Bharu



Kemudian KDN mendapat sepakan penalti tetapi pemain import kdn gagal menjaringkan penalti tersebut.


KDN kemudian mendapat tonik baru apabila kim ri gwan berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 55.


Namun selang beberapa minit stuart wilkin menjaringkan gol tambahan untuk Sabah. Gol ketiga sabah muncul 5 minit kemudian selepas pemain gagal mendapatkan bol di depan penjaga gol.


Peluangitu dimanfaatkan oleh Ramon Machado untuk gol ketiga Sabah. 


Sebelum tamat perlawanan, Bae Kyeong Hwan menjaringkan gol kedua kelantan darul naim selepas menanduk masuk gol sepakan percuma pasukannya.


Keputusan akhir, Kelantan 2 - 3 Sabah

  

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama