Rexy Kecewa Dengan Prestasi Pemain Malaysia

Rexy Kecewa Dengan Prestasi Pemain Malaysia. Itulah yang diluahkan oleh Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky selepas selesai perlawanan Malaysia Masters 2024.


Lagenda Indonesia itu mengesahkan yang dia kecewa dan tidak boleh menerima kenyataan mengenai prestasi pemain beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei di Masters Malaysia.


Kedua-dua mereka terkandas di separuh akhir sahaja. Rexy berkata kepada media;


Rexy Kecewa Dengan Prestasi Pemain Malaysia



"Kita harus berterus terang, kekalahan Aaron-Wooi Yik dan Tang Jie-Ee Wei adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.


"Aaron-Wooi Yik seharusnya menang (menentang Jin Yong-Sung Seung), set pertama tiada masalah tetapi set kedua kita lihat mereka seperti orang yang tiada semangat, bermain macam orang tiada niat mahu ambil mata," katanya.


"Secara keseluruhan prestasi mereka, saya beri lima atau enam daripada 10 markah.


"Tang Jie-Ee Wei pula bermain sangat teruk di separuh akhir.


"Kita tidak nampak kombinasi sebagai satu pasukan antara mereka khususnya Ee Wei yang selalunya boleh mengawal permainan di jaring tetapi kali ini tidak menjadi.


"Aaron-Wooi Yik sepatutnya tiada masalah untuk menjadi juara, begitu juga Tang Jie-Ee Wei yang ada peluang cukup besar untuk menang tetapi terlepas semuanya," kata legenda badminton Indonesia itu.


Mampukah mereka memperbaiki prestasi mereka di terbuka Singapura yang akan bermula esok? sama-sama kita nantikan.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama