Rexy Kecewa Dengan Perseorangan Wanita Negara
Selesai sudah aksi skuad piala Uber 2024 yang menyaksikan skuad negara sekadar mencatatkan 1 kemenangan daripada 3 perlawanan kali ini.
Skuad negara juga tidak layak beraksi di pentas suku akhir menjadikan prestasi mereka mula dipersoal peminat badminton tempatan.
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky berkata
"Cara fikir mereka sekiranya sakit rasa gembira, padahal orang lain kita lihat sehingga menangis dan menyesal tak main namun pemain kita rasa selamat boleh ponteng latihan.
"Jika tak boleh lawan diri sendiri, macam mana mahu cabar pemain lain," katanya kepada pemberita selepas Malaysia menumpaskan Australia 4-1 pada aksi terakhir Kumpulan B, hari ini.
"Saya perlu jujur kerana Siti Nurshuhaini tiada usaha untuk mengangkat semula pukulan lawannya, kita memang jangka dia kalah namun usaha itu mana," katanya.
"Kita mengharapkan cara fikiran mereka sebaik melangkah ke gelanggang lebih kepada 'tak rugi apa-apa' (nothing to lose) tapi jangkaan (itu) nampak lebih ditunjukkan pada aksi lawan Taiwan namun sangat berlawanan dengan lawan Thailand," katanya.
Semoga ada perubahan dalam skuad kebangsaan kita menjelang terbuka thailand yang dijangka akan bermula pada 14 Mei 2024 ini.
Post a Comment