Pemain Sudah Berikan Yang Terbaik - Rexy

Pemain sudah lakukan yang terbaik, Itulah luahan Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky selepas skuad negara tidak layak ke final piala Thomas 2024.


Rata-rata para peminat berpuas hati dengan prestasi pemain-pemain skuad negara dan terus memberikan kata-kata semangat supaya terus bangkit dalam edisi akan datang.


Rexy berkata; 


"Secara keseluruhan pasukan berikan satu tekanan kepada pasukan China dan kita mengharapkan juga Lee Zii Jia boleh ulangi dia punya prestasi ketika lawan Jepun tapi sebaliknya bila lawan menang mudah set kedua.


Pemain Sudah Berikan Yang Terbaik



"Beregu pertama Aaron Chia-Soh Wooi Yik, permulaan set pertama nampak sedikit perlahan untuk menutup pergerakan lawan tetapi set kedua dan ketiga mereka bangkit dengan inisiatif dan dapat kesan (kelemahan) China (untuk menang).



"Goh Sze Fei-Nur Izzuddin pula, mereka bermula bagus cuma pada mata penting (set kedua), ada beberapa keputusan salah dan dia beri kesan serta peluang untuk menang dalam straight set.


"Set ketiga ada sedikit (hilang fokus) tetapi pujian harus diberikan kepada He Je Ting (beregu China) bermain begitu 'clear' dan percaya pada diri," katanya.


"Bagi Jun Hao, terlalu besar untuk dia 'handle' Li Shi Feng yang sudah raih kejuaraan peringkat 1000 (Jelajah Dunia BWF Super 1000).


"Dia perlu menyertai banyak kejohanan supaya dia boleh dapatkan kepercayaan dan keyakinan diri," katanya.



Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama