Pearly Tan dan Thinah Balik Awal

 Pearly Tan dan Thinah Balik Awal. Itulah yang terjadi selepas kedua-dua pemain ini tersingkir dari saingan terbuka singapura pada pusingan yang pertama sebentar tadi.


Mereka yang bertemu liu sheng shu, tan ning dari China dilihat bergelut untuk memenangi perlawanan yang akhirnya membawa kepada kekalahan.


Pearly Tan dan Thinah Balik Awal



Pasangan beregu wanita no 1 Malaysia itu kalah dengan keputusan 10-21 dan 10-21. Pasangan China itu juga memenangi rallies terbanyak dengan 42 kali berbanding pasangan negara yang hanya menang rallies sebanyak 20 kali sahaja.


Ini menyaksikan Pearly tan dan thinaah gagal memburu kejuaraan singpore open dan pasti prestasi mereka akan dinilai memandangkan kejohanan Olimpik akan bermula tidak lama lagi.


Untuk rekod, pasangan beregu wanita negara kalah di semi final terbuka Malaysia pada minggu lepas dan sebelum itu mereka tidak menyertai kejohanan besar selepas Badminton Asia Championship yang berlangsung di China.


Jadi mungkin faktor kecederaan pearly tan yang baru pulih menyebabkan prestasi mereka merudum kali ini. Kita berharap mereka segera bangkit dan kembali ke prestasi sebenar mereka menjelang terbuka Indonesia pada minggu hadapan pula.


Ayuh Bangkit Pearly tan dan thinaah!

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama