Pearly Tan dan Thinaah Fokus Masters Malaysia

Menjelang perlawanan pembukaan Masters Malaysia esok, sudah pasti beberapa nama besar dalam dunia badminton negara menjadi tumpuan. Antaranya adalah Pearly Tan dan M Thinaah.


Kedua-dua mereka berehat hampir sebulan daripada mana-mana kejohanan dan pasti akan mengubati rindu peminat apabila mereka sahkan akan beraksi di Masters Malaysia bermula esok.


Mereka juga di jadualkan akan menentang pemain Thailand, Pichamon PHATCHARAPHISUTSIN dan Nannapas SUKKLAD dalam perlawanan pertama masters malaysia 2024.


Pearly Tan dan Thinaah Fokus Masters Malaysia



Thinaah berkata;  


"Sudah lama kami tidak bermain (menyertai kejohanan), kami berasa teruja kerana ia akan berlangsung di laman sendiri.


"Banyak perkara yang akan kami fokuskan bagi kejohanan ini," kata pemain kelahiran Selangor itu.


"Aspek itu paling penting bagi kami, selain daripada membina keyakinan dan momentum untuk Paris 2024.


"Setiap permainan yang kami harungi adalah untuk digunakan bagi temasya berkenaan," katanya.


--


Kedua-dua pasangan pearly tan dan Thinaah sebenarnya sudah layak ke Sukan Olimpik Paris namun kejohanan ini juga penting buat mereka memperbaiki permainan mereka.


Jadi pertandingan Masters Malaysia tidak boleh dipandang enteng dan pasti akan mencipta kejutan dalam saingan kali ini.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama