PDRM Kalahkan Perak di Minit Akhir Perlawanan

 PDRM Kalahkan Perak di Minit Akhir Perlawanan. Selesai sudah perlawanan liga super untuk hari sabtu dan keputusan sedih melanda pasukan The Bos Gaurus dengan kekalahan mereka.


Perak terpaksa akur dengan kekalahan minit akhir perlawanan kepada pasukan PDRM walaupun lebih awal mendahului pasukan pelawat untuk gol pertama.


Ini menyaksikan anak buah yusry che lah menghuni kedudukan terakhir liga dengan dua kekalahan.


PDRM Kalahkan Perak di Minit Akhir Perlawanan



Gol pertama dijaringkan oleh tommy mawat yang merembat cantik ke penjuru gol gawang pdrm pada minit ke 9. Gol cantik itu terhasil selepas berlaku kekalutan di dalam kotak penalti yang membuatkan Tommy tidak dikawal rapi.


Kemudian, Pdrm menjaringkan gol penyamaan menerusi tandukan ifedayo pada minit ke 24. Dia yang juga tidak dikawal dengan mudah nanduk masuk bola menewaskan Haziq Nazli.


PDRM tidak duduk sahaja, mereka mencari gol kedua dan ia berhasil apabila Gol kedua di jaringkan oleh Bruno suzuki yang tidak dijaga pada minit ke 72.


Gol penyamaan perak terhasil selepas kesilapan bryan see gagal mengeluarkan bola disambar oleh Wan Zack haikal lalu merembat masuk ke gawang yang sudah kosong pada minit ke 87


Ketika, peminat pasukan Perak sudah lega dengan satu mata, Gol kemenangan pdrm terhasil pada masa kecederaan yang dijaringkan oleh ifedayo apabila dia merembat bola dari luar kotak penalti menewaskan Haziq sekali lagi dalam perlawanan ini.


Keputusan akhir, Perak 2-3 Pdrm.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama