PBSNT buat Solat Hajat Untuk Faisal Halim dan Pemain TFC

Mengambil inisiatif untuk melakukan solat hajat untuk memohon keselamatan dan kebaikan buat pemain pasukan TFC dan juga Faisal Halim. Usaha murni PBSNT ini wajar di puji.


Presiden PBSNT, Hishamuddin Abdul Karim berkata, 


"InshaAllah, kita akan buat solat hajat untuk keselamatan dan kesejahteraan semua termasuk Faisal walaupun bukan pasukan kita.


PBSNT buat Solat Hajat Untuk Faisal Halim dan Pemain TFC



""Kita menyeru supaya rakyat Terengganu buat solat hajat (dan berdoa) ke arah yag lebih baik untuk Faisal," katanya.


Pada masa yang sama, pihaknya berkata telah melakukan beberapa proses untuk memastikan keselamatan pemain dan pasukan terjamin.


"Kita tak tahu siapa pelaku dan apa motif, tetapi bila merosakkan atau mencederakan fizikal ini, ia satu situasi yang sangat tidak sihat dalam industri sukan.


"Kita turut bekerjasama erat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk taklimat keselamatan dalam usaha meningkatkan lagi keselamatan pemain baik mengelak kejadian sama berulang," katanya.


Update Akhyar pula, Hishamuddin berkata ;

"Ada beberapa luka yang perlu masa sikit untuk sembuh, cuma trauma itu masih ada (dan) kita bagi masa pada Akhyar dan keluarga untuk sama-sama membantu memulihkan rasa trauma.


"Di samping itu, kita memberikan beberapa sokongan lain terutama daripada sudut pemulihan trauma untuk Akhyar.


"Buat masa ini, saya jangka beberapa permainan terawal mungkin Akhyar tak akan sertai, tapi dia akan mula dengan latihan dahulu selepas daripada sesi pemulihan," katanya.


Sumber Harian Metro.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama