Malaysia kalah lagi, Raih Tempat Keempat Piala Sultan Azlan Shah 2024

Malaysia kalah lagi, Raih Tempat Keempat Piala Sultan Azlan Shah 2024. Impian mahu melihat kejayaan skuad Malaysia meraih kedudukan tempat ketiga gagal apabila mereka kalah kepada new zealand 2-3 semalam.


Ini menyaksikan skuad negara menghuni tangga keempat kejohanan Piala Sultan Azlan Shah 2024.


Malaysia terlebih awal membuka jaringan pada minit ke 3 menerusi pemain Azrai Aizad namun tidak bertahan lama apabila new zealand menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti.




Malaysia kalah lagi, Raih Tempat Keempat Piala Sultan Azlan Shah 2024



Scott Cosslett menjaringkan gol tersebut dan pada minit ke 10 Jonty Elmes menjaringkan gol pendahuluan menjadikan kedudukan semasa 1-2.


Pada minit ke 48, New Zealand menggandakan gol mereka menerusi pemain Dane Lett dan ditutup dengan gol minit akhir perlawanan pasukan Malaysia menerusi pemain Fitri Saari.


Keputusan akhir Malaysia 2-3 New Zealand.


Juara keseluruhan pertanding Piala Sultan Azlan Shah menjadi milik Jepun yang kali pertama memenangi kejohanan ini sejak ia diperkenalkan. Tahniah Jepun.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama