Malaysia Juara Dunia Sepak Takraw!

Malaysia Juara Dunia Sepak Takraw! Akhirnya, skuad negara mencipta sejarah apabila berjaya mengalahkan pasukan hebat seperti Thailand di pentas final piala dunia takraw 2024.


Lebih manis lagi, kedua-dua acara iaitu acara regu dan double dimenangi malaysia semalam. 


Malaysia Juara Dunia Sepak Takraw!



Skuad negara menang dengan keputusan 15-7 dan 15-12 untuk acara regu. manakala untuk acara double pula skuad Malaysia menang 17-16 dan 15-14.


Sebelum perlawanan memang ramai menjangkakan Thailand akan menang selepas mereka mengalahkan Indonesia sebelum ini. 


Namun aura bermain di tempat sendiri tidak boleh dipandang enteng dan ia membantu menaikkan semangat pemain untuk beraksi dengan baik dalam perlawanan ini.


Seterusnya menjuarai kejuaraan piala dunia 2024 sepak takraw ini.


Ketua pasukan regu negara, Farhan Adam berkata, 


"Kemenangan malam ini bagi acara double dan regu untuk saya ia kenangan manis yang saya dapat capai dalam karier. Menentang musuh tradisi Thailand bukan sesuatu yang mudah sebab kita selalu kalah dengan mereka," katanya.


--


Tahniah kami ucapkan buat skuad negara atas kejayaan menjadi juara dunia 2024! Sungguh kami bangga dengan pencapaian anda di pentas tertinggi ini.


Hari ini pula, skuad negara akan beraksi untuk acara regu berpasukan pula dan pasti kemenangan ketiga menjadi idaman skuad negara.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama