Header Ads

Lee Zii Jia Tidak Fikir Sangat Mengenai Final Perodua Malaysia Masters 2024

Lee Zii Jia Tidak Fikir Sangat Mengenai Final Perodua Malaysia Masters 2024. Itulah yang diluahkan oleh bintang perseorangan lelaki negara selepas berjaya mengalahkan pemain hongkong, Ng Ka Long semalam.


Ia berikutan masalah kesihatan dan kepenatan yang dialami pemain itu sejak pulang dari kejohanan Terbuka Thailan awal minggu ini. 


Lee Zii Jia Tidak Fikir Sangat Mengenai Final Perodua Malaysia Masters 2024



Kemudian tanpa rehat, lee zii jia bermain pula untuk Masters Malaysia dan jelas kepenatan terpancar dari wajah pemain itu ketika suku akhir dan semi final.


Berkcakap kepada media, Lee Zii jia berkata;


 "Saya tidak fikir sangat mengenai final esok. Saya hanya mahu tenangkan diri, berehat dan mengambil makanan. Biarlah saya berada dalam keadaan segar esok.



"Pada set kedua saya tak jangka boleh menang kerana jurulatih suruh saya biarkan sahaja (set kedua) dan fokus kepada set ketiga. Bagaimanapun, ketika itu saya bercakap dengan diri sendiri untuk cuba mengejar (ketika ketinggalan) dan ia menjadi semakin baik.


"Bukan kali pertama mara ke final dua kali berturut-turut tapi ia manis disebabkan beraksi di laman sendiri, tak pernah beraksi final di Malaysia. Saya tidak sabar hendak beraksi di final," katanya.


Kita doakan Lee Zii jia kembali cergas dan dapat memenangi perlawanan final yang akan berlangsung hari ini menentang pemain no 1 dunia, Victor Axelson.


Tiada ulasan

Jom komen ! :)

Dikuasakan oleh Blogger.