Lee Zii Jia Mudah Kalahkan Zhou Jun Peng

 Lee Zii Jia Mudah Kalahkan Zhou Jun Peng. Kemenangan yang dinanti-nantikan peminat badminton negara apabila pemain perseorangan lelaki negara menang dalam perlawanan pertama Perodua Malaysia Masters 2024.


Dalam perlawanan tersebut, Lee zii jia menang dengan keputusan 19-21,21-11 dan 21 - 14 Lee Zii Jia yang bertemu dengan pemain China, Zhou Jun Peng dilihat bergelut di set pertama.


Lee Zii Jia Mudah Kalahkan Zhou Jun Peng



Dia dilihat seakan-akan mahu membaca permainan lawan terlebih dahulu sehingga menghasilkan keputusan kalah dalam set tersebut.


Bersambung di set kedua, lee zii jia lebih garang dengan mendominasi lawannya dengan menjarakkan mata dan hasilnya dia berjaya mengheret perlawanan ke set ketiga.


Di set ketiga pula, Lee Zii Jia bagai sudah mendapat kunci pihak lawan. Dia tenang menjarakkan mata dengan Jun Peng sehinggakan dia berjaya mengalahkan lawannya itu.


Dengan kemenangan ini, Lee Zii Jia di jangka akan bertemu dengan pemain Kieran George Dari India esok.


Jadi jangan lepaskan peluang untuk memberi sokongan kepada pemain negara dalam kejohanan Malaysia Masters 2024 esok tau!

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama