Lee Zii Jia Melangkah Ke Final Toyota Thailand Open 2024

 Lee Zii Jia Melangkah Ke Final Toyota Thailand Open 2024. Sejarah tercipta! pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia melangkah ke pusingan final terbuka thai esok!


Ini merupakan final pertama zii jia untuk musim ini dan dia berpeluang memenangi perlawanan final ini. Tadi Zii Jia mengalahkan pemain chinese taipei, Chou Tien Chen dengan keputusan 18-21,21-12 DAN 21-13.


Zii jia terkandas di set pertama dengan 18-21. Namun semangat tidak luntur bagi anak jati kelahiran negeri kedah itu untuk bangkit di set ke dua.


Lee Zii Jia Melangkah Ke Final Toyota Thailand Open 2024



Set Kedua, Zii jia lebih stabil dan mendahului mata daripada Chou Tien Chen dan hasilnya memenangi set itu dengan keputusan 21-12.


Ketika di set ketiga juga, Zii Jia seolah-olah sudah tahu permainan pemain chinese taipei itu dan tidak mudah memberi mata kepadanya.


Dengan tenang, Zii Jia menutup malam indah semi final dengan kemenangan 21-13. Esok Zii jia akan bertemu dengan pemain Hong kong, Ng Ka Long Angus.


Semoga Lee Zii Jia dapat bawa pulang piala ini kerana ini akan menjadi pembakar semangatnya menuju sukan olimpik dan juga terbuka Malaysia pada selasa ini.


Good Luck!


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama