Lee Zii Jia Melangkah Ke Final Malaysia Masters 2024

 Lee Zii Jia Melangkah Ke Final Malaysia Masters 2024. Tahniah diucapkan kepada pemain perseorangan lelaki negara yang telah berjaya menempah ke final Perodua Malaysia Masters esok.


Sebentar tadi, lee zii jia berjaya mengalahkan Ng Ka Long dengan straight set 21-15 dan 21-17. Dia yang sebelum ini dilaporkan kepenatan sehingga tidak dapat berjalan selepas menentang antonsen semalam.


Lee Zii Jia Melangkah Ke Final Malaysia Masters 2024



Namun dia nampak lebih bersemangat hari ini bermain dengan sangat baik. Lee Zii Jia bijak mendahului perlawanan dengan menekan lawan pada set pertama dan akhirnya berjaya memenanginya dengan markah 21-15.


Satu jarak mata yang agak baik.


Bersambung di set kedua, lee zii jia lebih faham permainan pemain hong kong, ng ka long itu dan dengan cepat dia menamatkan perlawanan dengan keputusan 21-17 pula.


Lee zii jia hanya perlukan 43 minit sahaja untuk menghabiskan perlawanan malam ini.


Esok, lee zii jia akan bertemu pemain badminton no 1 dunia, Axelsen dan pasti akan berlaku perlawanan menarik bagi penonton final malaysia masters.


Mampukah Lee Zii Jia memenangi perlawanan esok? sama-sama kita nantikan.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama