Lee Zii Jia Lepasi Halangan Pertama Kalahkan Pemain China

 Debaran yang ditunggu-tunggu dari pagi sehingga ke malam membuahkan hasil apabila pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zi Jia berjaya lepas halangan pertama Toyota Thailand Open 2024.


Zii jia yang disebut-sebut bakal melalui laluan mudah di thailand berjaya mengalahkan lawannya dari China dengan keputusan straight set 21-17 dan 23-21.


Ini juga merupakan pertemua kali kedua untuk kedua-dua pemain yang menyaksikan lee zii jia mudah mengatasi pemain china, Lei Lan xi.




Lee Zii Jia Lepasi Halangan Pertama Kalahkan Pemain China




Zii Jia berjaya mengalakan lan xi dalam masa 50 minit sahaja namun hampir membawa ke set ketiga namun bernasib baik kerana tidak memberi mata mudah di penghujung set kedua.


Bermain di set pertama, Zii jia banyak menguasai perlawanan dan mudah mendahului pemain china itu dengan keputusan 21-17.


Bermain di set kedua pula, Zii Jia tenang bermain di awal permainan namun banyak membuang mata di penghujung set kedua. Daripada mendahului dan tiba-tiba sahaja lan xi boleh menyamakan kedudukan.


Mujur tidak lanjut ke set ketiga. Lee Zii Jia bangkit bagi menutup malam indah di Thailand dengan kemenang straigt set itu.


Esok Lee Zii Jia dijangka akan bertemu dengan pemain korea selatan, Jeon Hyeok Jin. 



Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama