Lee Zii Jia Kalah di Tangan Axelsen

 Sedih! Lee Zii Jia Kalah di Tangan Axelsen. Harapan menggunung rakyat Malaysia ingin melihat pemain perseorangan lelaki negara menjulang trofi di halaman sendiri tidak kesampaian.


Lee Zii Jia yang menjadi wakil di pentas Final Perodua Malaysia Masters 2024 dan membawa reputasi sebagai pemenang Terbuka Thailand pada minggu lepas.


Lee Zii Jia Kalah di Tangan Axelsen



Namun mungkin tidak ada rezeki untuk zii jia hari ini, Dia tewas dalam 3 set dengan keputusan 6-21,22-20 dan 13-21.


Di set pertama, satu Malaysia dikejutkan dengan kekalahan pantas lee zii jia apa bila dia hanya dapat 6 mata sahaja yang menyaksikan dia kalah 21-6.


Kemudian Zii Jia bangkit di set kedua dengan mengalahkan Axelsen dengan keputusan 22-20. tapi itu pun sepatutnya dia menang awal tetapi Axelsen asyik dapat mata percuma sehingga berjaya menyamakan kedudukan.


Di set ketiga, Axelsen terus mendominasi perlawanan ddan lee zii jia pula tersangkut di net banyak kali dan membuatkan dia kalah dengan keputusan 13-21.


Apa-apa pun tahniah lee zii jia sebab dah berjaya masuk final. Semoga dapat recovery secepat mungkin untuk perlawanan Singapore Open pula pada selasa nanti.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama