Lee Zii Jia Juara Toyota Thailand Open 2024

 Lee Zii Jia Juara Toyota Thailand Open 2024. Setelah pelbagai kejohanan terkandas di suku akhir, hari ini pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia kembali menjuarai kejohanan.


Kali ini, Terbuka Thailand menjadi saksi kebangkitan pemain negara itu. Dalam kempen kali ini, ramai pemerhati sukan badminton berpendapat yang permainan lee zii jia semakin baik.


Malah dia juga dilihat sudah boleh membaca taktikal lawan dan menghasilkan stratefgi untuk mengalahkan mereka dengan lebih mudah.


Lee Zii Jia Juara Toyota Thailand Open 2024





Dalam perlawanan sebentar tadi, Lee Zii Jia mendominasi kedua-dua set dengan keputusan 21-11 dan 21- . Lee Zii Jia yang hadir sebagai status pemain no 6 untuk kejohanan ini kelihatan tenang menghabiskan permainan.


Di set pertama, Lee Zii Jia menjarakkan mata dengan Ng Ka Long iaitu pemain dari Hong Kong dan hasilnya dia memenangi set 1 dengan keputusan 21-11.


Di set kedua pula Lee Zii Jia lebih faham permainan Ka Long jadi tiada banyak masalah untuk memenangi perlawanan dengan keputusan 21 - 10  .


Zii Jia hanya memerlukan  34 minit sahaja untuk menghabiskan perlawanan hari ini.


Tahniah Lee Zii Jia kerana buktikan  yang anda masih mampu mencabar kejuaraan menjelang Olimpik Paris tidak lama lagi.


Oh ya, Zii Jia akan menyertai terbuka Malaysia pada hari selasa ini dan pastikan anda terus menyokong semua pemain-pemain negara yang akan beraksi di pentas tersebut.


Tahniah dan Terima kasih keranan bawa pulang Piala Terbuka Thailand hari ini.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama