Lee Zii Jia Harap Dapat Kekalkan Momentum Kemenangan

Lee Zii Jia Harap Dapat Kekalkan Momentum Kemenangan. Sejak dari semalam, ramai peminat badminton negara meluahkan rasa lega melihat pemain perseorangan lelaki negara kembali menjulang trofi.


Semalam Zii Jia mengalahkan Ng Ka Long untuk menjulang trofi terbuka thailand 2024 dan esok dia akan beraksi di Masters Malaysia pula di Axiata Arena.


Lee Zii Jia Harap Dapat Kekalkan Momentum Kemenangan



Lee Zii Jia berkata;  


"Ia (gelaran di Thailand) akan meningkatkan keyakinan saya, kejohanan seterusnya di laman sendiri, jadi saya harap akan dapat kekalkan momentum dan keyakinan ini," kata Zii Jia.



"Saya fikir ia adalah prestasi terbaik setakat ini terutama untuk musim ini. Dari pusingan pertama sehingga final, saingan agak sengit dan sudah tentunya gelaran ini memberi banyak makna buat diri saya," katanya.


Sudah pasti ramai peminat yang tak sabar menyaksikan dan menyokong skuad kebangsaan dalam Masters Malaysia esok. Jadi Jangan lepaskan peluang untuk melihat aksi mereka.


Mampukah Lee Zii Jia teruskan momentum kemenangannya di Masters Malaysia nanti? sama-sama kita nantikan.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama