Lee Zii Jia hanya mahu menang pingat emas Olimpik Paris 2024
Menjelang perlawanan pertama sukan Olimpik Paris 2024 pada Julai nanti, Lee Zii Jia hanya mahu menang pingat emas Olimpik di kejohanan terbesar tahun ini tu.
Lee Zii Jia berkata
"Secara jujurnya, bukan cakap saya sombong atau apa...sasaran saya bukan untuk layak ke Olimpik tetapi sasaran saya adalah untuk memenangi Olimpik.
"Saya tahu saya ada potensi untuk menang. Namun, saya sedar saya masih bergelut dengan prestasi (tidak menentu).
"Sebab utama saya tidak meraikannya (layak ke Olimpik) adalah seperti yang saya katakan, sasaran utama adalah untuk memenangi Olimpik, bukannya layak," kata Zii Jia
"Dalam proses kelayakan ini, saya dapati ia bukanlah perkara mudah. Macam Ng Tze Yong (pemain perseorangan lelaki kedua negara), dia sedikit lagi boleh layak tetapi selepas alami kecederaan (belakang), terus habis.
"Secara jujurnya, saya bersimpati dengan Tze Yong tetapi saya beritahu dia untuk tidak beri tekanan kepada diri sendiri dan terlalu banyak fikir negatif. Saya boleh bermain dua kali di Olimpik.
"Selepas Chong Wei, saya pemain yang berjaya bermain lebih daripada sekali. Saya beritahu kepada diri sendiri, ini adalah pencapaian yang besar.
"Walaupun belum menang pingat lagi tetapi ini adalah sesuatu yang positif untuk meningkatkan lagi tahap keyakinan saya.
"Kita pun tidak tahu sama ada saya boleh bersaing di Olimpik lagi selepas ini tetapi ini adalah kejohanan terbesar untuk semua atlet. Saya harap bebas daripada kecederaan dan berada pada tahap terbaik untuk bersaing di Olimpik kali ini," katanya.
Post a Comment