Komen Kim Pan Gon Selepas Undian AFF

Komen Kim Pan Gon Selepas Undian AFF yang boleh dikatakan kumpulan A yang kita huni itu adalah kumpulan mudah berbanding edisi sebelum ini.


Malaysia kali terakhir menjadi juara AFF adalah pada tahun 2010 yang lalu dan sudah masuk 14 tahun kita ketandusan piala tersebut.


Komen Kim Pan Gon Selepas Undian AFF



Jadi ini peluang kita untuk merebut kejuaraan ini sekali lagi. Kumpulan A kita ada negara Thailand, Singapura dan juga Kemboja. Manaka satu lagi pasukan adalah di antara Brunei dan juga Timor Leste.


Kim Pan Gon berkata undian kali ini menarik.


"Ia undian yang menarik. Hasil undian kita berdepan juara sebelum ini iaitu Thailand dan satu lagi cabaran pasukan jiran tetangga, Singapura. Dan satu lagi pasukan Kemboja serta pasukan dari pusingan kelayakan," katanya.


"Kami akan cuba dapatkan pemain-pemain terbaik untuk membina satu skuad yang mantap untuk memberikan saingan dalam kejohanan ini," 


Sementara itu, kumpulan B pula ada Vietnam, Indonesia, Filipina, Myanmar dan juga Laos.


Kedudukan Kim Pan Gon menjadi bualan ramai apabila kalah dua kali kepada Oman dalam kelayakan Piala Dunia 2024 baru-baru ini dan pasti tugas sukar untuk pan gon untuk rehat antarabangsa bulan jun ini.


Bulan jun, Malaysia akan menentang Chinese Taipei di Bukit Jalil dan Berkunjung ke Kyrgystan bagi melengkapkan kumpulan kelayakan piala asia dan juga Piala dunia 2027.


Mampukah magis kim pan gon kembali menyinar di pentas besar sekali lagi macam tahun 2023 yang lalu? sama-sama kita doakan kejayaan skuad Harimau Malaya dan juga jurulatih Kim Pan Gon.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama