Kecederaan Lee Zii Jia Serius?

Kecederaan Lee Zii Jia Serius? Semalam, lee zii jia sepatutnya bermain di terbuka singapura tetapi dia telah menarik diri pada hari perlawanan semalam.


Ramai juga mengatakan faktor utama adalah kerana keletihan sebabnya di Masters Malaysia pun memang nampak zii jia penat sangat.


Namun sebaliknya pula apabila pengumuman rasmi dikeluarkan dari laman sosial pemain itu dengan mengatakan penarikan diri itu terpaksa dilakukan atas nasihat doktor.


Kecederaan Lee Zii Jia Serius?



kenyataan berbunyi :


"Ia adalah satu keputusan yang sukar untuk menarik diri pada kejohanan Terbuka Singapura, tetapi selepas penilaian perubatan di Singapura, Lee Zii Jia dinasihatkan untuk tidak menyertainya kerana kecederaan hamstring yang dialami semasa Terbuka Thailand dan Malaysia Masters.


"Tumpuan untuk program Zii Jia kini akan beralih ke arah pemulihan," katanya.


Kita doakan agar lee zii jia cepat sembuh dan kembali pulih. Diharap impian kita nak tengok zii jia beraksi di pentas Olimpik menjadi kenyataan.


Jika cedera, satu kerugian besar buat Malaysia kerana Zii Jia merupakan harapan negara untuk mendapatkan satu pingat dari sukan Badminton di Olimpik Paris 2024 nanti.


Semoga Cepat sembuh! 


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama