Header Ads

Ini Perkembangan positif - Lee Zii Jia

Ini Perkembangan positif diluahkan oleh pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia susulan kejayaannya melangkah ke semi final toyota thailand open 2024.


Lee Zii Jia kali pertama layak ke semi final untuk musim ini selepas mengalahkan pemain China Lu Guang Zu dengan keputusan  21-13, 16-21, 21-18 sebentar tadi.


Sebelum ini, lee zii jia asyik terkandas di suku akhir sahaja dan kali ini perkembangan yang baik menjelang sukan olimpik tidak lama lagi. 


Ini Perkembangan positif - Lee Zii Jia



Zii Jia berkata;


"Ini adalah satu 'breakthrough' untuk saya. Saya tidak boleh cakap saya sudah dapat prestasi terbaik saya 100 peratus, tetapi ia satu perkembangan yang positif," katanya


"Sudah tentu saya turun dalam perlawanan hari ini untuk melunaskan dendam ke atas Guang Zu. Namun, keutamaan saya dalam kejohanan yang saya sertai adalah untuk saya mencari prestasi terbaik saya sebelum ke Olimpik," kata 


"Sudah tentu ia akan menjadi perlawanan yang sukar tidak kira saya berdepan Kodai ataupun Tien Chen.


"Kami semua sudah mengenali corak permainan antara satu sama lain. Saya perlu kekal fokus dan tampil dengan prestasi terbaik. Saya teruja untuk beraksi dalam separuh akhir pertama saya tahun ini," katanya.


Esok Lee Zii Jia akan bertemu dengan Chou Tein Chen dari Chinese Taipei di semi final thailand open 2024! 

Tiada ulasan

Jom komen ! :)

Dikuasakan oleh Blogger.