Haikal Nazri Idam Jumpa Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan Di Terbuka Thailand

Hasrat Haikal Nazri Idam Jumpa Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan Di Terbuka Thailand 2024 dijangka mampu ditunaikan jika mereka berjaya menang beberapa perlawanan awal.


Hari selasa minggu hadapan, skuad negara bakal turun dalam kejohanan Thailand Masters bermula dari 14 Mei 2024 sehingga 19 Mei 2024 di Bangkok.


Salah seorang daripada mereka, pasangan beregu lelaki negara, Mohd Haikal Nazri dan Choong Hon Jian tidak terlepas peluang untuk beraksi di kejohanan ini.


Haikal Nazri Idam Jumpa Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan Di Terbuka Thailand



Haikal meluahkan rasa ingin berlawan dengan pasangan lagenda Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan di kejohanan ini kerana ingin menimba pengalaman bermakna daripada mereka berdua.


"Korea sentiasa mempunyai beregu terbaik. Walaupun mereka adalah beregu yang dipecahkan, kami tak boleh padang mudah sebab mereka jauh berpengalaman.


"Walaupun kita tahu gandingan Korea ini rankingnya tak tinggi tetapi mereka masih kuat. Jadi apa yang penting buat kami adalah berikan yang terbaik dalam gelanggang nanti.


"Saya ada sasaran saya sendiri, saya nak menang ke atas beregu Korea itu sebab saya nak bertemu semula dengan gandingan kesembilan dunia dari Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana di pusingan kedua nanti," katanya.


"Sebenarnya sekiranya kami mara ke suku akhir, kami ada peluang bertemu Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan (Indonesia), jadi saya harap boleh menang dan berlawan dengan gandingan di kelompok atas.


"Sebabnya bila kita lawan dengan gandingan kelompok di atas ini, kita akan dapat lihat lebih lagi apakah kelemahan yang kita ada dan daripada itu, kami boleh belajar," kata Haikal.


Mereka berdua akan bertemu dengan pasangan beregu no 106 dunia dari korea selatan dalam aksi pembukaan pada selasa nanti.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama