Budak Sekarang Takut Mahu Susah - Lee Chong Wei
Bila Lagenda Badminton Negara, Lee Chong Wei membuka mulutnya mengenai situasi yang berlaku dalam kalangan atlet negara sekarang ini. Pasti ia sesuatu yang membahayakan impian memenangi kejohanan nanti.
Lee Chong Wei berkata yang budak-budak muda sekarang lebih risaukan sosial media berbanding karier mereka. Jika di bandingkan dengan atlet dulu memang jauh beza.
Bekas anak didik Misbun itu menambah, budak sekarang takut mahu susah dan manja.
Berkata demikian, chong wei dengan tegas berkata;
"Untuk saya, sekarang memang tahun yang berbeza dengan masa saya zaman itu dan saya boleh kongsikan memang budak sekarang takut mahu susah, manja dan dia akan lebih fokus untuk dia punya media sosial dan bukan dekat dia punya karier.
"Saya tidak cakap saya betul atau salah kerana karier tahun tak sama tapi untuk saya boleh cakap memang kita sebagai atlet itu masa memang pendek (karier), 'golden time is very shot and i think it's more important you' kena jaga kamu punya karier dulu daripada kamu jaga kamu punya media sosial,"katanya.
"Saya pukul 5 pagi sudah bangun sebab saya akan ikut (perancangan) saya punya jurulatih. Dia memang seorang luar biasa dari segi disiplin punya jurulatih, dia macam bapa saya, saya paling hormat dialah masa jurulatih saya dan saya akan dengar apa yang dia kasi arahan serta semualah semasa di dalam latihan atau lain-lain.
"Masa dia datang, dia macam (kita rasa) jurulatih sudah datang ( terasa seperti gementar) ada tekanan sikitlah,"katanya.
--
Zaman juga sudah berubah dan pasti akan ada banyak perubahan yang berlaku. Kita harap teguran Chong Wei ini dapat meningkatkan semangat para pemain di gelanggang ketika melawan musuh.
Semoga atlet negara terus berjaya di pentas antarabangsa!
Post a Comment