Banyak Perkara Saya Belajar - Lee Zii Jia

Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berkata banyak perkara dia belajar dari perlawanan akhir Perodua Malaysia Masters 2024 semalam menentang pemain No 1 Dunia, Vicotr Axelsen.


Dalam perlawanan itu, Lee Zii Jia kalah 6-21, 22-20 dan 13-21.Dia yang juga mereupakan juara terbuka thailand diharapkan dapat memenangi piala di tempat sendiri namun gagal melakukannya.


Banyak Perkara Saya Belajar - Lee Zii Jia



Namun, berdepan dengan pemain perseorangan no 1 dunia itu memang akan menjadi misi sukar untuk semua pemain dan betullah kata lee zii jia banyak benda yang boleh dipelajari daripada perlawanan itu.


 Lee Zii Jia berkata; 


"Banyak perkara yang saya belajar dan saya harap perkara ini akan digunakan untuk kejohanan lain sehingga ke Sukan Olimpik Paris," katanya.


"Saya harus menerima keputusan ini dan jika saya berada dalam keadaan cergas sepenuhnya pun belum tentu mampu menumbangkannya kerana dia seorang pemain berpengalaman.


"Jadi hari ini saya sudah berikan yang terbaik dan walaupun tidak puas, saya harus menerimanya," kata Zii Jia yang ketinggalan 3-7 untuk rekod pertemuan dengan Axelsen," katanya.


Kita doakan agar lee zii jia kembali sembuh dan sempat melakukan pemulihan menjelang pembukaan Terbuka Singapura yang dijadual akan berlangsung esok 28. Mei 2024 ini.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama