Header Ads

BAM PROAKTIF LAHIR BAKAT PERSEORANGAN LELAKI DAN WANITA NEGARA

BAM PROAKTIF LAHIR BAKAT PERSEORANGAN LELAKI DAN WANITA NEGARA. Isu kekurangan pemain badminton untuk kategori single dan juga wanita untuk kategori single mendapat perhatian BAM.


Berkata kepada media, Presiden BAM, Tan Sri Muhammad Norza Zakaria berkata, 


"Kita tidak boleh hidup dalam denial (penafian) bahawa pemain perseorangan lelaki dan wanita kita tidak mencapai apa yang kita mahukan.


BAM PROAKTIF LAHIR BAKAT PERSEORANGAN LELAKI DAN WANITA NEGARA



"Disebabkan itu, Malaysia dilihat bergantung kepada Lee Zii Jia kerana mungkin, atas kegagalan kita di perseorangan lelaki.


"Saya harap proses reformasi akan berlaku," katanya.



"Jika kita nak mengambil jurulatih sekalipun, akan dibuat selepas selesai mengikut kitaran Sukan Olimpik.


"Apa yang kita lakukan adalah pitch in advance, kita boleh melihat mana-mana jurulatih yang berminat," tambah Norza.


--


Sebagai peminat, tindakan ini harus diberi pujian memandangkan ini masalah utama yang berlaku kepada pasukan negara. Kalau tidak, kemungkinan besar beban itu ditanggung oleh lee zii jia seorang sahaja.


Pemain-pemain seperti Jun Hao dan Ng Tze Yong perlu ditambah baik dan menjadi semakin baik pada masa akan datang. Yang paling pasti kena sama level dengan Lee Zii Jia, barulah peluang untuk kita menang di peringkat kejohanan besar itu tinggi.


Tiada ulasan

Jom komen ! :)

Dikuasakan oleh Blogger.