Aaron Chia dan Soh Wooi Yik Langkah Kanan

 Aaron Chia dan Soh Wooi Yik Langkah Kanan selepas mereka mengalahkan beregu korea selatan dalam perlawanan pertama Perodua Malaysia Masters 2024.


Hadir sebagai pilihan pertama kejohanan ini, mereka berdua dilihat tenang dalam menguruskan tekanan bermain dengan pihak lawan dan mendominasi perlawanan.


Pasangan beregu lelaki no 1 negara itu menang mudah straight set ke atas pemain Korea, Kim Young Hyuk dan juga Wang Chan.


Aaron Chia dan Soh Wooi Yik Langkah Kanan



Lebih manis, mereka menang dengan keputusan 21-18 dan 22-20 dalam masa 39 minit sahaja.


Kedua-dua pemain negara dilihat sangat mendominasi permainan dalam kedua-dua set. Hasilnya mereka berjaya mengalahkan lawan tanpa perlu ke set ketiga.


Esok mereka akan menentang pemain China, Chen Bo Yang dan Liu Yu dalam pusingan seterusnya. Mampukah Aaron Chia dan Soh Wooi Yik melangkah ke pusingan seterusnya?


Sama-sama kita nantikan esok. Jangan lupa untuk terus beri sokongan padu anda kepada atlet negara dalam perodua malaysia masters sehingga hari ahad ini tau!

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama