Header Ads

Zamsaham Terkejut ada Yang Nak Boikot

Zamsaham Terkejut ada Yang Nak Boikot pemberian RM 1000 kepada pemain Kelantan untuk kekgunaan hari raya.


Dia juga menjelaskan yang mengeluarkan 20k untuk dibahagikan kepada pemain dan pada masa yang sama mahu menyelesaikan tungakkan 3 bulan gaji mereka.


Zamsaham Terkejut ada Yang Nak Boikot

Sebelum ini pernah viral mengenai isu gaji yang di tolak, Saya Bukan Tolak Gaji , Saya Tahan- Bos Zamsaham. harap isu ni dah selesai lah yer.


Norizam Tukimann berkata 


"Cumanya saya terkejut apabila ada yang komen untuk memboikot ramai-ramai dan tidak terima RM1,000 yang saya berikan."


"Berkenaan RM20,000 pembayaran yang saya berikan kepada pemain Kelantan FC, Alhamdulillah dengan jumlah tersebut kita berikan kepada pengurusan dan pemain semua. Kita berikan RM1,000.


"Awal pagi hari raya lagi saya dah maklumkan kepada pemain, cumanya saya terkejut apabila ada yang komen untuk memboikot ramai-ramai dan tidak terima RM1,000 yang saya berikan.


"Maksudnya jom boikot ramai-ramai, tak payah ambil pun duit itu. Saya terkejut, kalau individu tersebut duit banyak mungkin awak tak payahlah ambil (RM1,000).


"Akan tetapi, bagi yang memerlukan, RM1,000 pun besar sebenarnya. Macam sayalah, saya dapat dahulukan RM20,000 pun sebenarnya besar bagi saya. Sebab itulah kemampuan yang saya ada untuk memberikan RM20,000 dahulu.


"Tetapi sayangnya, ada yang nak penuh gaji tiga bulan. Saya faham kalian nak gaji penuh, tetapi saya berikan dahulu RM1,000 sebagai pendahuluan, menunjukkan saya ada komitmen dan tidak lari untuk bayar baki gaji,"katanya menerusi Tiktoknya.



"Bagi isu tunggakan gaji, hari ini dapatlah saya masukkan RM1,000 sebagai pendahuluan untuk bayar baki tiga bulan tunggakan sebab esok nak raya," katanya


--

Harap isu gaji macam ni dapat di selesaikan dengan secepat mungkin. Setiap pemain ada komitmen tersendiri dan memerlukan duit untuk berbelanja.


Tiada ulasan

Jom komen ! :)

Dikuasakan oleh Blogger.