PFAM simpati Nasib Pemain KDAFC
Persatuan Pemain-Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) turut mengatakan rasa simpati mereka terhadap pemain pasukan Kedah darul aman fc berkaitan isu tunggakan gaji.
Presiden PFAM Safee Sali berkata,
"Kita sememangnya berasa simpati melihat pemain berdepan masalah tunggakan gaji pada musim raya ini dan ia masih belum selesai dengan musim baharu Liga Super hampir bermula tidak lama lagi," katanya kepada Bernama.
"Jika pasukan sebesar Kedah yang mempunyai peminat besar dalam negara tidak beraksi, (ia) satu petanda kurang baik buat liga kita. Bukan sahaja peminat, malah pemegang saham dan pihak terlibat juga bakal terkena tempiasnya dengan berdepan kerugian besar dalam situasi ini," katanya lagi.
Kita harap sangat-sangat isu ini akan selesai secepat mungkin dan kita juga tak mau KDA FC tidak beraksi untuk liga super musim hadapan. Semoga ada sinar yang cerah untuk mereka.
Post a Comment