Header Ads

Ng Tze Yong Tidak Sertai Piala Thomas?

Selepas beberapa pemain utama terlepas aksi di Piala Thomas tidak lama lagi. Kini sekali lagi kem badminton negara mengalami kejutan apabila, Ng Tze Yong tidak sertai Piala Thomas kali ini.


Pada asalnya pemain itu mahu bermain di kejohanan besar itu namun dia perlu menilai semula keadaan kecederaan yang dialaminya menerusi MRI sebelum disahkan dapat menyertai.


Ng Tze yong cedera sejak kejohanan Badminton Asia Champhionship yang berlangsung pada februari yang lalu.


Ng Tze Yong Tidak Sertai Piala Thomas?



Menurut Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky berkata, 


"Saya akan berbincang dengan pihak pengurusan mengenai kedudukan sebenar Tze Yong untuk Piala Thomas, iaitu berdasarkan situasi semasanya, adakah dia layak atau tidak untuk main (di Piala Thomas).


"Sekarang berbalik kepada keinginannya kerana di pihak pengurusan dan jurulatih sudah melakukan yang terbaik untuknya. Jadi sekarang terpulang kepada pemain itu sendiri.


"Ia perlu keluar dari mulut pemain itu sendiri sama ada bersedia untuk bermain atau tidak. Kalau tidak, semua pihak termasuk pihak atasan akan keliru kerana pada akhirnya pemain yang melaksanakan tugas, bukan pihak pengurusan atau jurulatih.


"Untuk ketika ini, saya belum boleh cakap dia tak pergi (ke Piala Thomas) kerana kami belum terima laporan MRI dan belum dapat sebarang maklumat lebih lanjut," katanya ketika ditemui pada sesi latihan skuad negara, hari ini.


"Semasa mesyuarat terakhir, jurulatihnya (Hendrawan) beritahu dia (Tze Yong) sendiri nak main.


"Hendrawan beritahu doktor di ISN (Institut Sukan Negara) sendiri keliru dengan situasi (kecederaan) Tze Yong sekarang," katanya.


ليست هناك تعليقات

Jom komen ! :)

يتم التشغيل بواسطة Blogger.