Malaysia kalah Tipis Kepada Denmark

Pujian harus diberikan kepada para pemain skuad Malaysia yang kalah tipis kepada denmark dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala Thomas 2024 sebentar tadi.


Kita beri saingan cukup sengit dan dua kali kita buat comeback namun nasib tidak menyebelahi kita.


Kekalahan malam ini bukan satu yang mengecewakan. Banyak perkara perlu diperbaiki dalam baki saingan piala thomas kali ini.


Malaysia kalah Tipis Kepada Denmark



Keputusan perlawanan melihatkan Lee Zii Jia kalah 21-16 dan 24-22 Kepada Victor Exelsen Dalam masa 45 minit. 


Aaron Chia dan Soh Wooi Yik buat comeback kalahkan beregu denmark 17-21,21-17 dan 21-16. menjadi kedudukan semasa 1-1.

Denmark kembali mendahului selepas Jun Hao juga tewas kepada Anders Antonsen dengan keputusan 21-14 dan 21-10


Malaysia berjaya mengikat kembali kedudukan apabila Goh Sze Fei dan Izzuddin kalahkan Rasmus Kjaer dan Federik Sogaard dengan keputusan 23-21 dan 22-20.


Namun nasib tidak menyebelahi kita, Justin Hoh gagal memberi kemenangan kepada Malaysia apabila dia kalah kepada Rasmus Gemke dengan keputusan  21-13,19-21 dan 21-13.


Malaysia dan denmark masing-masing telah layak ke pusingan suku akhir yang akan berlangsung pada 2 mei 2024 ini.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama