Header Ads

Lee Zii Jia Mudah Kalahkan Pemain India

Tatkala Malaysia sedang meraikan Aidilfitri, pemain badminton negara sedang bertungkus lumus menyertai  Kejohanan Badminton Asia (BAC) yang berlangsung di Ningbo, China.


Lebih manis dengan kejayaan pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia yang mudah mengalahkan bintang India, Priyanshu Rajawat dengan keputusan straight set 21-9, 21-13.


Lee Zii Jia Mudah Kalahkan Pemain India



Zii Jia mengalahkan lawannya itu dengan hanya 39 minit sahaja perlawanan berlangsung. Hari ini, dia akan menentang pemain dari Taiwan, Chou Tien Chen.


Tien Chen mengalahkan pemain China, Weng Hong Yang selepas pemain itu menarik diri dari perlawanan. 


Zii Jia berdepan tugas sukar untuk mengalahkan Tien Chen dan layak ke pusingan seterusnya. Namun, apa-apa boleh jadi dan teruskan beri sokongan anda kepada skuad negara ya. 


Tiada ulasan

Jom komen ! :)

Dikuasakan oleh Blogger.