Header Ads

Lee Zii Jia Berlatih Sendiri

Menjelang aksi Piala Thomas 2024 yang akan berlangsung di China, Lee Zii Jia berlatih sendiri dan tidak menyertai latihan pusat bersama dengan pemain Malaysia yang lain.


Perkara itu disahkan oleh Team LZJ dalam satu kenyataan berbunyi ;


Lee Zii Jia Berlatih Sendiri



"Program latihan dan segala yang diatur Pengarah Kejurulatihan TeamLZJ, Wong Tat Meng akan mempersiapkan Zii Jia untuk mempamer aksi terbaiknya pada saingan Piala Thomas dan mengekalkan prestasi semasanya bagi lima lagi kejohanan akan datang selepas ini.


"Program latihan ini, yang dilakukan berasingan daripada pasukan Piala Thomas, sudah dibincangkan bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan disokong Pengarah Kejurulatihan, Rexy Mainaky dan Ketua Pentadbiran, Michelle Chai.


"Kami berterima kasih kepada BAM, Rexy dan Michelle kerana memahami dan mempercayai kami untuk menguruskan rancangan latihan dalam jadual kejohanan yang padat menjelang temasya Sukan Olimpik Paris 2024.


"Zii Jia tidak sabar untuk menyertai skuad pada 24 April ini," kata kenyataan itu.


ليست هناك تعليقات

Jom komen ! :)

يتم التشغيل بواسطة Blogger.